Thursday, March 11, 2010

Wang alat penipuan

Salam buat semua.....
Dikala hidup yang sementara di dunia ini, kita sering alpa...kealpaan yang dilitupi oleh kurangnya ilmu yang wajib kita cari samada ilmu dunia maupun akhirat. Ayuh kita rehatkan minda, lepaskan kekusutan fikiran dan gelora dijiwa pergi...pergi seperti ditiup angin sehingga lenyap dari diri kita.

Kali ini seperti tajuk tertera diatas, saya ingin membawa anda mengembara ke dalam situasi sebenar yang berlaku didunia sekarang dan memikirkan kenapa ianya berlaku?
Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita dididik untuk menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara. Tetapi malangnya, ramai yang kecundang apabila melibatkan wang....yang sekali gus meranapkan kesucian agama, maruah bangsa dan kedaulatan negara. Sebenar-benarnya, apa yang kita perlukan adalah limpahan rezeki dari Allah yang hanya sebahagian sahaja dari rezeki itu adalah dalam bentuk wang.Ramai yang gagal dalam hidup kerana menganggap wang boleh selesaikan segala-galanya.Sehingga ada yang menjadi gila kerananya. Ok, mari kita cari sebab kenapa manusia tidak pernah berjaya?

Pada tahun 1944 satu perjanjian yang dinamakan 'Brettonwood agreement' telah dimeterai oleh sebahagian besar negara dunia dimana nilai mata wang negara-negara dunia diikat kepada US dollar yang bersandarkan kepada emas. Tetapi pada tahun 1971,Presiden US Nixon telah menarik US dollar dari diikat kepada emas. Maka bermulalah ketidak kestabilan dan penipuan demi penipuan berlaku.Sistem kewangan yang berlandaskan wang kertas ini hanya mampu dikuasai oleh golongan yang menciptanya. Hanya mereka yang boleh mengubah polisi yang mana difikirkan perlu untuk kepentingan sendiri. Oleh itu, selagi kita berada dibawah sistem ciptaan mereka ini, kita akan sentiasa tertindas...

Sehingga hari ini seluruh negara didunia ini ada menyimpan US dollar sebagai simpanan atu aset yang kononnya mata wang yang paling bernilai dan stabil didunia.80-90% urusniaga negara-negara dunia menggunakan US dollar. Kegiatan urusniaga ini secara langsung memberi kekuatan kepada USD.Tidak cukup dengan itu, US terus mencetak USD dikala ekonominya yang semakin merudum dan menggunakan para spekulasi dan media untuk mengalih andaian umum dari keadaan sebenar. Namun Alhamdulillah, banyak negara mulai sedar akan tempelak US. China antara negara paling banyak menyimpan US dollar sudah mula membelanjakannya sebelum nilainya merosot lebih banyak. Ramai dikalangan pakar ekonomi dunia meramalkan akan kejatuhan ekonomi US yang akan disusuli oleh nilai matawangnya.US secara amnya tidak mempunyai asas ekonomi yang kukuh berbanding negara negara maju lain didunia. Pendapatan utama US banyak ditampung oleh servis sektor yang berteraskan sistem kewangan yang digunapakai sekarang. Kerapuhan ekonomi dan polisi luar US banyak merobek pendapatannya sehingga defisit mereka meningkat setiap tahun. Hutang US meningkat akibat perbelajaan perang yang tinggi serta bebanan kadar faedah yang kian menggunung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...