Wednesday, February 10, 2010

Emas

Salam buat semua yang saya sayangi…
Posting kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda sekalian perkara yang berkaitan dengan hobi/minat terbaru saya. Tujuan asal saya membina blog ini pun adalah sebab saya ingin berkongsi ilmu dan rahsia berkaitan logam yang dikenali sebagai EMAS.
Saya baru mula mengenali serba sedikit tentang emas pada tahun lepas iaitu 2009. Itu pun dengan cara yang tidak dirancang. Seorang sahabat telah memberitahu saya mengenai sebuah skim pelaburan emas. Tidak perlulah saya menerangkan bagaimana sistem itu dijalankan dan bagaimana keuntungan ke atas pelaburan itu diagih-agihkan. Sudah tentu pulangan lumayan bakal ”diterima” oleh pelabur-pelabur seperti yang dijanjikan. Ok...di sebabkan perasaan ingin tahu yang meluap-luap bagaimana EMAS mereka boleh memberikan keuntungan, saya terus belajar mengenali emas.
Alhamdulillah...apabila saya mula mengenali emas, baru lah saya faham kenapa skim-skim cepat kaya seperti yang mereka jalankan ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Saya ingin merumuskan disini bahawa, segala bentuk skim cepat kaya yang ada atau yang bakal muncul adalah disebabkan oleh peluang yang wujud dihadapan orang yang berilmu bagi memeras orang yang kurang berilmu. Marilah kita menjadi orang yang berilmu untuk dikongsikan bagi kebaikan bersama. Mari kita lihat contoh dalam keratan akhbar di bawah untuk dijadikan iktibar:


PULAU PINANG 9 Feb. – Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lepas selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata, setakat ini, polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.
“Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.
“Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.
“Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya.
Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menguruskan urusan jual beli emas.
Katanya, setakat ini, pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu. – Bernama
Baca selanjutnya di sini >>

Saturday, February 6, 2010

Mencapai Impian Tanpa Usaha

Mampukah kita mencapai impian tanpa berusaha? Tentu ramai yang akan mengatakan tidak tanpa berfikir panjang. Sejak dari kecil, kita telah menanamkan di dalam fikiran kita bahawa untuk mencapai sesuatu mestilah kita mulakan dengan usaha. Maka tidak hairan lah jika kita lihat ramai orang yang gagal mencapai impian mereka. Ini berlaku kerana cara mereka berfikir dan beremosi adalah salah. Apa yang terjadi adalah usaha tanpa keyakinan(banyak keraguan) dan emosi yang tidak stabil. Dengan itu, sepanjang "usaha" mereka akan menemui kepayahan dan kesulitan. Oleh itu marilah kita memperbaiki cara kita berfikiran semoga hidup kita dapat mencapai redha Allah.
Saya ingin mengajak saudara mengimbau sejenak sejarah hidup kita. Adakah kita benar-benar hidup dengan berserah diri kepada Allah? Sejauh mana tawwakal kita kepada Allah? Atau kita hanya berpura-pura? Marilah memfokuskan seluruh tenaga kita meyakini bahawa segala kejadian di muka bumi ini adalah dengan kehendakNya.

Langkah-langkah untuk mencapai impian:


Doa - Yakin - Syukur (DYS)

DYS adalah satu pakej kaedah mencapai impian atau keinginan yang insyaAllah kita mampu perolehi redha Allah.

1) Doa - adalah permohonan atau permintaan kita terhadap Allah s.w.t . Keinginan untuk berjaya, bahagia, kaya dan sebagainya. Keinginan kita kepada sesuatu hanya boleh terjadi dengan kehendakNya. Doa bukan hanya berlaku semasa kita menadah tangan padaNya, tetapi sentiasa selagi kita berfikir. Oleh itu, berhati-hati ketika berfikir. Fikirkan yang baik-baik sahaja. Jika anda terfikir sesuatu yang buruk boleh mengancam keluarga anda, bermakna anda mendoakannya. Sebaliknya berfikirlah sesuatu yang baik akan berlaku pada keluarga anda. Anda akan berasa lebih tenang dan senang hati dan yang lebih utama dan pasti, anda telah berprasangka baik pada Allah. Doa anda akan menjadi semakin kuat apabila anda merasakan diri ini teramat lemah dan tidak berdaya tanpaNya.

2) Yakin - Bagaimana hendak memantapkan keyakinan terhadap keinginan anda? Sebenarnya anda tidak perlu melakukan perkara itu. Kenapa? keyakinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat sebaliknya ianya hanya mampu diperolehi apabila Allah menganugerahkannya melalui doa anda tadi. Anda hanya perlu menggambarkan jawapan kepada keinginan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidamkan sebuah kereta mewah, dan anda mampu menggambarkan dengan jelas rupa dan ciri-ciri yang ada pada kereta itu, bermakna anda mampu memilikinya satu hari nanti. Bagaimana ianya mampu direalisasikan? Apabila keyakinan berkembang mekar di dalam jiwa, Allah akan menunjukkan jalan untuk kita. Jadi tidak perlulah kita memikirkan nak usahakan apa untuk mencapai hajat/keinginan kita. Ingatlah bahawa Allah lah pentadbir sekelian alam. Anda mahukan bukti? Mudah sahaja. Lihat sahaja pada diri kita. Apa yang ada pada diri kita sekarang?Apa sahaja yang ada pada kita sekarang adalah apa yang kita pinta dariNya samada kita sedar atau tidak. Sekiranya ada perkara yang belum anda miliki sehingga sekarang, ianya adalah kerana kemungkinan keraguan anda melampaui keyakinan. Yakin lah pada Allah...sesungguhnya Dia maha pengasih lagi maha penyayang.

3) Syukur - Allah amat menyayangi hambanya yang suka bersyukur. Hambanya yang suka bersyukur adalah hambanya yang menghargai pemberian Tuannya. Tanda seorang hambaNya yang bersyukur ialah mereka suka bersuka bersedekah atau menolong orang lain dengan ikhlas. Orang yang bersyukur sering murah rezeki kerana dia sentiasa berprasangka baik pada orang lain dan Allah s.w.t. Seperti janji Allah, setiap perbuatan baik akan dibalas baik. Apabila kita berprasangka baik pada Allah bahawa Dia akan memperkenankan doa kita, Dia pasti memberikan seperti mana yang kita minta. Ingatlah, keraguaan itu adalah bisikan syaitan. Yakin lah dan mintalah hanya daripada Allah.

Baca selanjutnya di sini >>

Friday, February 5, 2010

Dari mana - dimana - ke mana

Salam....

Kita terkadang sering buntu untuk memikirkan sesuatu dalam keadaan tertentu. Tidak tahu nak buat apa? tak tahu nak ke mana?Serba buntu. Hidup kita seakan terhenti untuk seketika. Namun yang jelas, sebenarnya hidup kita seperti aliran sungai yang terus mengalir tanpa henti. Mahu atau tidak mahu, berani atau takut, tetap harus diharungi selagi kita bernafas.

Kita datang dari Allah lalu ditakdirkan hidup dibumi ini akhirnya kita akan kembali kepadaNya. Persoalan yang seharusnya berada difikiran kita adalah dimanakah kita sekarang?Apakah yang sedang kita lakukan sekarang?Apakah yang telah atau sedang kita lakukan pada diri kita sendiri?Kepada keluarga? Jiran tetangga? Masyarakat? Bangsa dan agama? Sekiranya kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan benar-benar percaya bahawa Allah membalas baik akan setiap perbuatan baik, pasti kita akan merasa tenang dan gembira. Setiap perbuatan yang dimulai dengan niat suci, disusuli dengan keikhlasan hanya kerana Allah, InsyaAllah kita akan peroleh redha dan keberkatan dariNya.

Oleh itu, marilah kita campakkan jauh-jauh sifat negatif yang telah lama bersarang dalam HATI ini. Tanamkan sifat-sifat positif di dalam diri semoga kita menjadi manusia yang lebih baik, dari hari ke hari. Berprasangka baik lah pada orang lain, yakin lah dengan izinNya kita akan diketemukan dengan orang-orang yang baik hati.

Ya Allah kami pohon redhaMu...segala yang buruk dari kami, segala yang baik datang dariMu. Ampuni lah dosa-dosa kami....Amin.
Baca selanjutnya di sini >>

Thursday, February 4, 2010

Salam Perkenalan

Salam perkenalan kepada saudara yang sudi meluangkan masa membuka blog yang baru saya bikin ini. Syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnianya impian saya untuk memiliki sebuah blog sendiri sudah menjadi kenyataan. Semoga berkat dariNya dapat saya dan saudara berkongsi ilmu serta bertukar pendapat serba sedikit sementara hayat dikandung badan. InsyaAllah.
Baca selanjutnya di sini >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...