Monday, December 27, 2010

Public Gold Vs Maybank Gold Savings

Public Bank launched the Gold Investment Account on 21 April. Ha! There is competition for Maybank now. Also, it proves my point that gold investing is something on people's mind nowadays. More and more people are opening a gold account every other day. That's what the bank teller was telling my friend when he went to get one from Maybank: "Previously 1 person per week open this account. Now every week we get 3 to 4 customers."

Knowing the huge demand for gold investment, big possibility that's the reason why Public Bank introduces one too. All these demands mean we will hopely see gold becoming a good investment. It's still not too late to get in now.

You have to start the Public Bank Gold Investment Account with a minimum of 20gm; with Maybank it's just 5gm. If you can afford it, I would recommend you to go for Public Bank.

Which Gold Account to choose from? Public Bank or Maybank?

Look at the buying and selling prices for both Public Bank and Maybank above. What a difference! Public Bank is cheaper. Even the ratio of buying and selling price between the two banks are different.

For Public Bank, the ratio is only 1.0329. While Maybank is 1.0795.

That means Maybank buying/selling price has a bigger gap. This big gap means you would need more climb in gold prices to break even.

Say you buy 20gm of gold with Maybank at today's price.
20gm X RM96.02 = RM1,920.40.
On the same day you sell to Maybank,
20gm X RM88.95 = RM1,779.
That's a difference of RM141.40.

Let's look at Public Bank.
20gm X RM93.88 (you buy at their Selling price) = RM1,877.60
20gm X RM90.89 (you sell at their Buying price) = RM1,817.80
That's a difference of RM59.80.

The Winner Is...

See the difference. For Public Bank, you just need to see the price to go up a few ringgit and you will break even. For Maybank, it will take a longer time to see you break even and make a nice profit.
I will definitely put my money where it is faster to make a profit.


- taken from unit-trust-investment.com -
Baca selanjutnya di sini >>

Friday, December 24, 2010

Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria semua.

Saya disini alhamdulillah sihat sahaja.

Baiklah, untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.

Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?

Kenapa harga emas di dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas ?
.

Rahsia Emas Terbongkar

.Harga emas di Malaysia dan Dunia.

Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.

Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.

Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer :)

Gambar: Harga kat kedai emas lambat berubah.. kekadang ambil masa berminggu-minggu.

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.

Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Harga emas bukan harga kawalan.

Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.

Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.

Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).

http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.

Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.

Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:

1. Harga emas di dalam USD

2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.

Mari kita lihat dengan terperinci:

Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.

USD makin lemah, RM semakin kuat.

Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak :)

.

Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.

Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)

Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:

1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com

2. Dapatkan kadar pertukaran USD – RM di laman web Bank Negara Malaysia.

Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html

Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).

Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.

Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629

Selepas itu kita boleh buat pengiraan:

Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:

(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram

= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram

= RM3850.39 / 31.1 gram

= RM123.80 / gram

Jadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.

(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya

1. Harga Harian Syiling Kijang Emas

2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)

3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)

4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)

5. Harga Dinar Emas Kelantan

6. Harga Emas UOB Bank Gold Products

7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)

8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving

9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i

Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my sebagai panduan.

Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.

(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)
Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:

1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD

harga emas naik banyak.

2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.

3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)

Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda :)
Baca selanjutnya di sini >>

Tuesday, December 21, 2010

Prestasi Silver


Gold Chart





Silver Chart


Graf menunjukkan kenaikan harga silver menjangkau 68.59% dalam masa setahun sehingga 20 Dec 2010. Dari graf ini sahaja, kita boleh mengatakan silver mempunyai kekuatan luar biasa dalam menentukan nilainya di masa hadapan. Profit margin yang lebih berbanding emas yang mencatat 27.58%.
Baca selanjutnya di sini >>

Blog berwajah baru

Salam....hari ini sudah 21 dec 2010,harga emas bermain sekitar bawah sedikit daripada 1400 USD/oz.Saya dalam proses mengupgradekan design blog ni agar jadi sedikit menarik dan juga dpt update harga emas semasa. Terima kasih buat Ayie... blog designer yang menjadikan impian saya menjadi kenyataan...selamat maju jaya saya ucapkan kepada beliau. Terima kasih.
Baca selanjutnya di sini >>

Saturday, July 24, 2010

Setelah sekian lama.....

Salam... selepas beberapa bulan...baru hari ni berkesempatan untuk mengupdate blog ni. Dalam sebulan lepas harga emas naik mencanak canak, sekarang harganya mulai menurun pula. Namun saya yakin insyaAllah, by end of this year harga emas akan mencapai a new highest price of all time. Penurunan yang berlaku hanyalah correction to stabalize it. Tuan-tuan bole rujuk di gold price history.
Baca selanjutnya di sini >>

Tuesday, May 4, 2010

Pelaburan Emas

Salam buat semua yang disayangi. Hari ini saya nak bercerita tentang pelaburan. Pelbagai pelaburan terdapat dipasaran sekarang. Pelaburan yang paling digemari oleh orang melayu ialah pelaburan skim cepat kaya. Siapa didunia ini yang tidak mahu menjadi kaya? Keinginan yang meluap- luap mengaburi mata akan kebenarannya...akhirnya termenung apabila baru menyedari sudah "terkena". Ayuh kita hentikan aktiviti karut ni!!!
Alhamdulillah, masyarakat melayu sudah semakin sedar bahawa untuk melabur, mereka haruslah memahami inti pati pelaburan yang dibuat.
Disini saya ingin menyarankan saudara saudari membuat pelaburan emas. Bukan pelaburan buku simpanan emas tapi pelaburan emas fizikal. Terdapat 3 jenis emas fizikal yang boleh dijadikan pelaburan iaitu jongkong emas, syiling emas dan barang kemas. Mengapa saya mengatakan pelaburan emas adalah yang terbaik? Jawapannya mudah...

1. Emas fizikal adalah nyata dari segi rupa dan nilai(bukan cuma dicetak pada buku simpanan).

2. Bebas dari riba'

3. Mudah dibawa kemana-mana.

4. Tidak mudah musnah.

5. Tidak perlukan orang lain untuk diamanah menjaganya.(jaga sendiri)

6. Nilainya bebas dari tekanan ekonomi yang semakin goyah.
Baca selanjutnya di sini >>

Thursday, April 22, 2010

Hutang, riba hukum-hakam pemodal

Hishamuddin Rais
Apr 9, 09
4:16pm

Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.

Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.

Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!

Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup - ini juga hukum sistem kapitalis

Source: malaysiakini.com
Baca selanjutnya di sini >>

5 SEBAB UTAMA KENAPA KITA PERLU MEMILIKI/MENYIMPAN EMAS

1) EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.


2) HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.

Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.


3) NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) ASET YANG TERUNGGUL

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.


5) TIDAK BOLEH DIMANIPULASI

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama.

Akhir kata peganglah sabda Nabi SAW :

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” - Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

[Source : http://lygold.blogspot.com]
Baca selanjutnya di sini >>

Tuesday, April 20, 2010

My first collection

Baca selanjutnya di sini >>

Dapatkan Dinar Anda Sekarang


Harga semasa boleh didapati di http://www.publicdinar.com
Baca selanjutnya di sini >>

Dapatkan Gold Bar Anda Sekarang


Baca selanjutnya di sini >>
'SAVE IN GOLD, BEFORE IT IS TOO LATE'

Dr. Umar Ibrahim Vadillo
Baca selanjutnya di sini >>

Sharing is caring

Falling in love with gold is driving me into a new world and a new direction in life. My view and perception in the world financial system has changed dramatically. I now understand it was designed to achieve total monopoly by some people in this world. The monetory and banking system have been manipulating normal people to work for them. They will never lose as long as the politicians are always behind them. The bankers and politicians will keep scrubbing each others' backs in order to hold on to their power. Lets stop them from making fools out of us. How?

Don't let them survive.
Don't support the bankers.
How?
Don't loan from them.
It's as easy as that.

The world today just makes us think living without taking a financial loan is impossible. It's true....but only in a small way. An eccessive loan will make us suffer. We are always unaware that we are forced to make a loan. Then we have to struggle to service the loan. Sometimes we have to work more just to give them more profit. They will make us a slave.

Their most successful product for the last 20 or 30 years back is the credit card. The credit card is their best invention. Unfortunately though, until now there is nothing new from them. Perhaps it is time for them to collapse.

Let's start a banking system with syariah compliance.
Let's start using dinar and dirham as a currency.
Let's stop riba' or interest.

We can make the world a better place to live. There is nothing to be proud of development of technologies when we know on the other side of the world is dying of hunger. Why do we let ourselves get carried away by stupid issues produced by politicians. Wake up and make our own decisions...buy gold and keep gold for our future. Neither politician nor bankers can stop the awaken of the real money..

that is gold.
Baca selanjutnya di sini >>

Monday, April 12, 2010

Wang Kertas: Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” Wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.



Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wangsesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran, Firmannya yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM20,000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.


Sumber : Milenia Muslim, Julai 2009
Baca selanjutnya di sini >>

Monday, March 29, 2010

Masa Depan Wang Kertas

Masa depan wang kertas kini telah mula membayangkan akan kejatuhannya akibat perbuatan manusia yang semakin rakus mengaut keuntungan keatas titik peluh orang lain. Sistem yang berpaksikan riba' kini semakin nyata kerapuhannya. Krisis ekonomi yang semakin parah terutama sekali pada 3 tahun terakhir ini, masih belum dapat membayangkan kepulihannya. Pelbagai kaedah dilakukan untuk menyelamatkan ekonomi termasuk pakej rangsangan fiskal tetapi malang sekali ianya tidak mendatangkan kesan sama sekali. Apabila ekonomi tidak dapat diselamatkan, nilai matawang akan merosot.Kemerosotan nilai wang akibat 'hyperinflation' akan menjadikan hilangnya nilai wang. apabila ini berlaku, manusia tentu sekali akan mencari sesuatu yang boleh dinilai apabila wang kertas hilang nilainya.Ketika itu manusia pasti akan kembali kepada sesuatu yang tidak punya kejatuhan nilai iaitu emas.
Baca selanjutnya di sini >>

Thursday, March 11, 2010

Wang alat penipuan

Salam buat semua.....
Dikala hidup yang sementara di dunia ini, kita sering alpa...kealpaan yang dilitupi oleh kurangnya ilmu yang wajib kita cari samada ilmu dunia maupun akhirat. Ayuh kita rehatkan minda, lepaskan kekusutan fikiran dan gelora dijiwa pergi...pergi seperti ditiup angin sehingga lenyap dari diri kita.

Kali ini seperti tajuk tertera diatas, saya ingin membawa anda mengembara ke dalam situasi sebenar yang berlaku didunia sekarang dan memikirkan kenapa ianya berlaku?
Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita dididik untuk menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara. Tetapi malangnya, ramai yang kecundang apabila melibatkan wang....yang sekali gus meranapkan kesucian agama, maruah bangsa dan kedaulatan negara. Sebenar-benarnya, apa yang kita perlukan adalah limpahan rezeki dari Allah yang hanya sebahagian sahaja dari rezeki itu adalah dalam bentuk wang.Ramai yang gagal dalam hidup kerana menganggap wang boleh selesaikan segala-galanya.Sehingga ada yang menjadi gila kerananya. Ok, mari kita cari sebab kenapa manusia tidak pernah berjaya?

Pada tahun 1944 satu perjanjian yang dinamakan 'Brettonwood agreement' telah dimeterai oleh sebahagian besar negara dunia dimana nilai mata wang negara-negara dunia diikat kepada US dollar yang bersandarkan kepada emas. Tetapi pada tahun 1971,Presiden US Nixon telah menarik US dollar dari diikat kepada emas. Maka bermulalah ketidak kestabilan dan penipuan demi penipuan berlaku.Sistem kewangan yang berlandaskan wang kertas ini hanya mampu dikuasai oleh golongan yang menciptanya. Hanya mereka yang boleh mengubah polisi yang mana difikirkan perlu untuk kepentingan sendiri. Oleh itu, selagi kita berada dibawah sistem ciptaan mereka ini, kita akan sentiasa tertindas...

Sehingga hari ini seluruh negara didunia ini ada menyimpan US dollar sebagai simpanan atu aset yang kononnya mata wang yang paling bernilai dan stabil didunia.80-90% urusniaga negara-negara dunia menggunakan US dollar. Kegiatan urusniaga ini secara langsung memberi kekuatan kepada USD.Tidak cukup dengan itu, US terus mencetak USD dikala ekonominya yang semakin merudum dan menggunakan para spekulasi dan media untuk mengalih andaian umum dari keadaan sebenar. Namun Alhamdulillah, banyak negara mulai sedar akan tempelak US. China antara negara paling banyak menyimpan US dollar sudah mula membelanjakannya sebelum nilainya merosot lebih banyak. Ramai dikalangan pakar ekonomi dunia meramalkan akan kejatuhan ekonomi US yang akan disusuli oleh nilai matawangnya.US secara amnya tidak mempunyai asas ekonomi yang kukuh berbanding negara negara maju lain didunia. Pendapatan utama US banyak ditampung oleh servis sektor yang berteraskan sistem kewangan yang digunapakai sekarang. Kerapuhan ekonomi dan polisi luar US banyak merobek pendapatannya sehingga defisit mereka meningkat setiap tahun. Hutang US meningkat akibat perbelajaan perang yang tinggi serta bebanan kadar faedah yang kian menggunung.
Baca selanjutnya di sini >>

Monday, March 8, 2010

Emas adalah harta yang sebenar

Emas itulah hartamu yang sebenarnya!
Ali Bukhari Amir
Sat | Feb 28, 09 | 8:26:30 am MYT
Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Ali Imran: ayat 14]
Iklan


Maka, tersebutlah alkisahnya, pada 21 Februari lalu, telah diadakan Seminar Dinar Emas 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.
Langkah persatuan itu kena pada tempatnya. Saya tak sempat menghadiri seminar itu atas sebab-sebab tertentu. Moga acara seumpama ini akan dapat dijalankan daripada semasa ke semasa.
(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)
Saya fikir, adalah satu keperluan yang amat mendesak ke atas persatuan pelajar tersebut untuk mengadakan 'follow-up' ke atas para peserta bagi mendapatkan maklumbalas berhubung seminar tersebut. Ini syor pertama.
Dengan ini, persatuan itu dapat mengkaji di manakah kelemahan yang boleh mereka perbaiki dari semasa ke semasa.
Syor kedua, salinan kertas kerja itu perlulah dikaji atau kalau boleh dibukukan, dijilidkan untuk sebaran umum. Kita boleh cari mana-mana penerbit yang mungkin berminat menerbitkan hasil kajian, pemikiran dan cadangan yang dikemukakan oleh para pembentang kertas kerja di dalam seminar tempoh hari.
Setidak-tidaknya, seminar itu akan menyebabkan makin ramai pesertanya membeli emas, khasnya kalangan pelajar. Apabila wujud kesedaran membeli emas sebagai pelaburan dalam kalangan siswa, mungkin beban hutang PTPTN yang asalnya menjadi 'liabiliti' itu boleh diangkat sebagai aset.
Kalaulah seminar itu tidak menyebabkan keghairahan kepada pesertanya untuk membeli emas, barangkali ini petaka buruk yang bakal menimpa anak bangsa Melayu Islam dalam jangka masa panjang.
Kalau mahu diulas bab ini, panjang riwayatnya nanti. Tapi, memadailah kita katakan bahawa emas itulah harta kita yang sebenarnya jika mahu dibuat simpanan.
Petaka ke atas bangsa ini terjadi akibat kemiskinan. Kemiskinan itu adalah petaka besar dalam bangsa kita. Ini kerana kekuatan sesuatu bangsa itu diukur melalui sejauhmanakah aset yang mereka ada. Berdasarkan nas, dalil daripada Surah Ali Imran: ayat 14, harta-harta itu adalah..
Keluarga (anak-anak dan isteri), emas, perak, kuda peliharaan (kenderaan seperti kereta pada zaman ini); haiwan ternak termasuk kebun-kebun tanaman atau tanah ladang untuk bercucuk tanam.
Kedudukan emas di dalam al-Quran
Sekarang, marilah kita teliti tentang bagaimanakah kedudukan emas di dalam al-Quran itu? Berapa kalikah Allah s.w.t menyebutkan perihal emas itu di dalam al-Quran?
Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: "Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya."
Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]
Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman." [al-A'raaf: 148]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya." Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]
(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]
"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?" [Surah az-Zukhruf: ayat 53]
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya". [Surah: ayat 71]
Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.
Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.
Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.
Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.
Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.
Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!
Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu.
Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi. Wallahu'alam..
8:00 a.m, 28 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Pandangan, maklumbalas dan pertanyaan mengenai emas dan pelaburannya boleh dimuatkan melalui mel-e ibnuamir@yahoo.com. _

P/s: posting ini adalah ehsan dari: GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 14-014-02-087143-1
Baca selanjutnya di sini >>

Wednesday, February 10, 2010

Emas

Salam buat semua yang saya sayangi…
Posting kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda sekalian perkara yang berkaitan dengan hobi/minat terbaru saya. Tujuan asal saya membina blog ini pun adalah sebab saya ingin berkongsi ilmu dan rahsia berkaitan logam yang dikenali sebagai EMAS.
Saya baru mula mengenali serba sedikit tentang emas pada tahun lepas iaitu 2009. Itu pun dengan cara yang tidak dirancang. Seorang sahabat telah memberitahu saya mengenai sebuah skim pelaburan emas. Tidak perlulah saya menerangkan bagaimana sistem itu dijalankan dan bagaimana keuntungan ke atas pelaburan itu diagih-agihkan. Sudah tentu pulangan lumayan bakal ”diterima” oleh pelabur-pelabur seperti yang dijanjikan. Ok...di sebabkan perasaan ingin tahu yang meluap-luap bagaimana EMAS mereka boleh memberikan keuntungan, saya terus belajar mengenali emas.
Alhamdulillah...apabila saya mula mengenali emas, baru lah saya faham kenapa skim-skim cepat kaya seperti yang mereka jalankan ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Saya ingin merumuskan disini bahawa, segala bentuk skim cepat kaya yang ada atau yang bakal muncul adalah disebabkan oleh peluang yang wujud dihadapan orang yang berilmu bagi memeras orang yang kurang berilmu. Marilah kita menjadi orang yang berilmu untuk dikongsikan bagi kebaikan bersama. Mari kita lihat contoh dalam keratan akhbar di bawah untuk dijadikan iktibar:


PULAU PINANG 9 Feb. – Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lepas selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata, setakat ini, polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.
“Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.
“Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.
“Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya.
Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menguruskan urusan jual beli emas.
Katanya, setakat ini, pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu. – Bernama
Baca selanjutnya di sini >>

Saturday, February 6, 2010

Mencapai Impian Tanpa Usaha

Mampukah kita mencapai impian tanpa berusaha? Tentu ramai yang akan mengatakan tidak tanpa berfikir panjang. Sejak dari kecil, kita telah menanamkan di dalam fikiran kita bahawa untuk mencapai sesuatu mestilah kita mulakan dengan usaha. Maka tidak hairan lah jika kita lihat ramai orang yang gagal mencapai impian mereka. Ini berlaku kerana cara mereka berfikir dan beremosi adalah salah. Apa yang terjadi adalah usaha tanpa keyakinan(banyak keraguan) dan emosi yang tidak stabil. Dengan itu, sepanjang "usaha" mereka akan menemui kepayahan dan kesulitan. Oleh itu marilah kita memperbaiki cara kita berfikiran semoga hidup kita dapat mencapai redha Allah.
Saya ingin mengajak saudara mengimbau sejenak sejarah hidup kita. Adakah kita benar-benar hidup dengan berserah diri kepada Allah? Sejauh mana tawwakal kita kepada Allah? Atau kita hanya berpura-pura? Marilah memfokuskan seluruh tenaga kita meyakini bahawa segala kejadian di muka bumi ini adalah dengan kehendakNya.

Langkah-langkah untuk mencapai impian:


Doa - Yakin - Syukur (DYS)

DYS adalah satu pakej kaedah mencapai impian atau keinginan yang insyaAllah kita mampu perolehi redha Allah.

1) Doa - adalah permohonan atau permintaan kita terhadap Allah s.w.t . Keinginan untuk berjaya, bahagia, kaya dan sebagainya. Keinginan kita kepada sesuatu hanya boleh terjadi dengan kehendakNya. Doa bukan hanya berlaku semasa kita menadah tangan padaNya, tetapi sentiasa selagi kita berfikir. Oleh itu, berhati-hati ketika berfikir. Fikirkan yang baik-baik sahaja. Jika anda terfikir sesuatu yang buruk boleh mengancam keluarga anda, bermakna anda mendoakannya. Sebaliknya berfikirlah sesuatu yang baik akan berlaku pada keluarga anda. Anda akan berasa lebih tenang dan senang hati dan yang lebih utama dan pasti, anda telah berprasangka baik pada Allah. Doa anda akan menjadi semakin kuat apabila anda merasakan diri ini teramat lemah dan tidak berdaya tanpaNya.

2) Yakin - Bagaimana hendak memantapkan keyakinan terhadap keinginan anda? Sebenarnya anda tidak perlu melakukan perkara itu. Kenapa? keyakinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat sebaliknya ianya hanya mampu diperolehi apabila Allah menganugerahkannya melalui doa anda tadi. Anda hanya perlu menggambarkan jawapan kepada keinginan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidamkan sebuah kereta mewah, dan anda mampu menggambarkan dengan jelas rupa dan ciri-ciri yang ada pada kereta itu, bermakna anda mampu memilikinya satu hari nanti. Bagaimana ianya mampu direalisasikan? Apabila keyakinan berkembang mekar di dalam jiwa, Allah akan menunjukkan jalan untuk kita. Jadi tidak perlulah kita memikirkan nak usahakan apa untuk mencapai hajat/keinginan kita. Ingatlah bahawa Allah lah pentadbir sekelian alam. Anda mahukan bukti? Mudah sahaja. Lihat sahaja pada diri kita. Apa yang ada pada diri kita sekarang?Apa sahaja yang ada pada kita sekarang adalah apa yang kita pinta dariNya samada kita sedar atau tidak. Sekiranya ada perkara yang belum anda miliki sehingga sekarang, ianya adalah kerana kemungkinan keraguan anda melampaui keyakinan. Yakin lah pada Allah...sesungguhnya Dia maha pengasih lagi maha penyayang.

3) Syukur - Allah amat menyayangi hambanya yang suka bersyukur. Hambanya yang suka bersyukur adalah hambanya yang menghargai pemberian Tuannya. Tanda seorang hambaNya yang bersyukur ialah mereka suka bersuka bersedekah atau menolong orang lain dengan ikhlas. Orang yang bersyukur sering murah rezeki kerana dia sentiasa berprasangka baik pada orang lain dan Allah s.w.t. Seperti janji Allah, setiap perbuatan baik akan dibalas baik. Apabila kita berprasangka baik pada Allah bahawa Dia akan memperkenankan doa kita, Dia pasti memberikan seperti mana yang kita minta. Ingatlah, keraguaan itu adalah bisikan syaitan. Yakin lah dan mintalah hanya daripada Allah.

Baca selanjutnya di sini >>

Friday, February 5, 2010

Dari mana - dimana - ke mana

Salam....

Kita terkadang sering buntu untuk memikirkan sesuatu dalam keadaan tertentu. Tidak tahu nak buat apa? tak tahu nak ke mana?Serba buntu. Hidup kita seakan terhenti untuk seketika. Namun yang jelas, sebenarnya hidup kita seperti aliran sungai yang terus mengalir tanpa henti. Mahu atau tidak mahu, berani atau takut, tetap harus diharungi selagi kita bernafas.

Kita datang dari Allah lalu ditakdirkan hidup dibumi ini akhirnya kita akan kembali kepadaNya. Persoalan yang seharusnya berada difikiran kita adalah dimanakah kita sekarang?Apakah yang sedang kita lakukan sekarang?Apakah yang telah atau sedang kita lakukan pada diri kita sendiri?Kepada keluarga? Jiran tetangga? Masyarakat? Bangsa dan agama? Sekiranya kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan benar-benar percaya bahawa Allah membalas baik akan setiap perbuatan baik, pasti kita akan merasa tenang dan gembira. Setiap perbuatan yang dimulai dengan niat suci, disusuli dengan keikhlasan hanya kerana Allah, InsyaAllah kita akan peroleh redha dan keberkatan dariNya.

Oleh itu, marilah kita campakkan jauh-jauh sifat negatif yang telah lama bersarang dalam HATI ini. Tanamkan sifat-sifat positif di dalam diri semoga kita menjadi manusia yang lebih baik, dari hari ke hari. Berprasangka baik lah pada orang lain, yakin lah dengan izinNya kita akan diketemukan dengan orang-orang yang baik hati.

Ya Allah kami pohon redhaMu...segala yang buruk dari kami, segala yang baik datang dariMu. Ampuni lah dosa-dosa kami....Amin.
Baca selanjutnya di sini >>

Thursday, February 4, 2010

Salam Perkenalan

Salam perkenalan kepada saudara yang sudi meluangkan masa membuka blog yang baru saya bikin ini. Syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnianya impian saya untuk memiliki sebuah blog sendiri sudah menjadi kenyataan. Semoga berkat dariNya dapat saya dan saudara berkongsi ilmu serta bertukar pendapat serba sedikit sementara hayat dikandung badan. InsyaAllah.
Baca selanjutnya di sini >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...