Wednesday, February 10, 2010

Emas

Salam buat semua yang saya sayangi…
Posting kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda sekalian perkara yang berkaitan dengan hobi/minat terbaru saya. Tujuan asal saya membina blog ini pun adalah sebab saya ingin berkongsi ilmu dan rahsia berkaitan logam yang dikenali sebagai EMAS.
Saya baru mula mengenali serba sedikit tentang emas pada tahun lepas iaitu 2009. Itu pun dengan cara yang tidak dirancang. Seorang sahabat telah memberitahu saya mengenai sebuah skim pelaburan emas. Tidak perlulah saya menerangkan bagaimana sistem itu dijalankan dan bagaimana keuntungan ke atas pelaburan itu diagih-agihkan. Sudah tentu pulangan lumayan bakal ”diterima” oleh pelabur-pelabur seperti yang dijanjikan. Ok...di sebabkan perasaan ingin tahu yang meluap-luap bagaimana EMAS mereka boleh memberikan keuntungan, saya terus belajar mengenali emas.
Alhamdulillah...apabila saya mula mengenali emas, baru lah saya faham kenapa skim-skim cepat kaya seperti yang mereka jalankan ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Saya ingin merumuskan disini bahawa, segala bentuk skim cepat kaya yang ada atau yang bakal muncul adalah disebabkan oleh peluang yang wujud dihadapan orang yang berilmu bagi memeras orang yang kurang berilmu. Marilah kita menjadi orang yang berilmu untuk dikongsikan bagi kebaikan bersama. Mari kita lihat contoh dalam keratan akhbar di bawah untuk dijadikan iktibar:


PULAU PINANG 9 Feb. – Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lepas selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata, setakat ini, polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.
“Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.
“Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.
“Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya.
Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menguruskan urusan jual beli emas.
Katanya, setakat ini, pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu. – Bernama

1 comment:

  1. Don't let people lose faith in gold because of these gold scams. Education is the key. People need to know how to differentiate between the good and the bad. Gold is good, people who manipulate and take advantage of others with all sorts of `gold plans' are sometimes not!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...